NADI Membantu Rakyat Beradaptasi dengan MyDigital ID

 NADI Membantu Rakyat Beradaptasi dengan MyDigital ID

Perkhidmatan dalam talian dan transaksi digital kini lebih selamat, cekap dan selesa!

Dalam era digital semakin berkembang pesat, Malaysia menerusi MyDigital ID atau Identiti Digital Nasional telah menawarkan kepada rakyat menerusi pengoperasian sistem penyelesaian identiti digital yang selamat, dipercayai dan mudah digunakan untuk pengurusan identiti digital bagi setiap akses pelbagai perkhidmatan terutama perkhidmatan awam.

Apa yang dimaksudkan MyDigital ID?

MyDigital ID adalah satu platform pengesahan identiti digital yang diwujudkan untuk memastikan keselamatan dan kecekapan dalam urusan dalam talian.

Usah bimbang!

Pengoperasian sistem MyDigital ID mengguna algoritma yang diperakui dan diiktiraf kerajaan bagi mengelak kecurian dan ketirisan data pengguna.

Sudah tentu platform pengesahan yang dipercayai (verifiable platform of trust) menerusi MyDigital ID bertujuan untuk mengesahkan identiti di internet atau identiti virtual seseorang individu di alam siber dan tidak bertujuan untuk menggantikan MyKad.

Platform pengesahan MyDigital ID adalah untuk kegunaan sektor perkhidmatan kerajaan dan swasta khususnya bagi memenuhi keperluan untuk mengesahkan identiti individu yang mengakses perkhidmatan elektronik, melaksanakan transaksi serta tandatangan digital yang disediakan oleh mereka.

Apa kelebihan MyDigital ID ?

Menerusi penggunaan MyDigital ID, penekanan utama diberikan dalam soal meningkatkan keselamatan, kecekapan dan keselesaan perkhidmatan dalam talian dan transaksi digital. Di samping itu, ia memastikan setiap pengguna dapat menjalankan urusan digital dengan lebih selamat, pantas dan mudah, sekali gus mengurangkan risiko ancaman siber serta meningkatkan keyakinan pengguna.

Bagi aspek memperkukuhkan keyakinan dalam landskap digital di Malaysia, penggunaan MyDigital ID menggalakkan keyakinan orang ramai dan perniagaan terhadap penggunaan teknologi digital melalui standard keselamatan dan integriti yang tinggi.

MyDigital ID turut memperkasa kerajaan digital pintar berteraskan data yang terarah mengoptimumkan penggunaan data dalam perkhidmatan awam bagi mewujudkan sistem pentadbiran lebih cekap, responsif dan pintar, seiring dengan perkembangan teknologi digital.

Seiring dengan matlamat pertumbuhan ekonomi digital Malaysia ke arah menjadi negara maju berpendapatan tinggi, keberadaan dan fungsi sebanyak 1,065 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang aktif beroperasi di seluruh negara sudah tentu menggandakan kepenggunaan MyDigital ID, sekaligus memacu pertumbuhan sektor ekonomi digital melalui pembangunan ekosistem digital mantap dan inovatif.

Justeru, peranan NADI sangat penting membimbing komuniti pintarnya termasuk penggunaan MyDigital ID dalam memperkasakan komuniti melalui program yang lebih mampan dan relevan termasuk mengakses setiap perkhidmatan dalam talian, terutama perkhidmatan awam atas tujuan merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosio-ekonomi.

Tahukah Anda?

Anda boleh mendaftar MyDigital ID di pusat NADI berhampiran anda secara percuma!

Related post