Kempen Keselamatan Dalam Talian di Bazar Ramadan

Program mesra rakyat bagi mendidik orang ramai tentang keselamatan dalam talian.

Sepanjang Ramadan, SKMM telah menjalankan kempen advokasi keselamatan digital di empat bazar sekitar Lembah Klang. Kempen ini menekankan perlindungan kanak-kanak bawah 13 tahun di media sosial dan mempromosikan AIFA untuk semakan fakta. Bermula di Bazar Wangsa Maju pada 17 Mac 2025, sesi ini turut dihadiri YB Menteri Komunikasi dan bertujuan mendidik orang ramai tentang keselamatan digital dan penipuan dalam talian. Kempen ini turut diadakan di Bazar Stadium Shah Alam (19 Mac 2025) dan Bazar Putrajaya (20 Mac 2025).

Related post