Pertandingan NADI e-Sukan Musim Kedua kini bermula!

Siapakah bakal menjadi juara?
Musim kedua Pertandingan NADI e-Sukan membuka tirai dengan saringan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) di pusat-pusat NADI seluruh negara dari 23 Februari hingga 30 Mac 2025. Saringan ini bertujuan memilih wakil terbaik setiap pusat NADI ke Peringkat Negeri yang akan berlangsung pada setiap hujung minggu bermula pada 11 April hingga hujung Jun 2025.
Selain memilih wakil pusat NADI, peserta turut menjalani saringan kesihatan asas, menonton podcast khas tentang kepentingan gaya hidup sihat dalam e-sukan, serta didedahkan kepada sistem LMS e-Sukan bagi bagi membantu pemain memahami aspek pembangunan dan strategi permainan secara profesional.
Dengan kerjasama Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) dan Persatuan Sukan Elektronik dari 14 negeri, pertandingan ini mengasah bakat tempatan, menggalakkan penyertaan belia dalam aktiviti bermanfaat serta membuka laluan komuniti luar bandar ke pentas e-sukan yang lebih tinggi.