Pencapaian Berganda Dicipta Alumni Nadi e-Sukan

 Pencapaian Berganda Dicipta Alumni Nadi e-Sukan

Pasukan Miracle Liners Buktikan Potensi Alumni NADI e-Sukan

Pasukan Miracle Liners dari NADI Taman Saujana Utama, terdiri daripada pelajar SMK Saujana Utama, kini menjadi antara kisah kejayaan paling membanggakan dalam kalangan alumni NADI e-Sukan.

Segalanya bermula apabila mereka muncul Juara Kejohanan e-Sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Peringkat Negeri Selangor anjuran NADI x e-Sukan pada 23 & 24 November 2024, menewaskan pasukan lain dari seluruh negeri.

Momentum itu diteruskan dengan kemenangan bergaya di Kejohanan E-Sukan MLBB Piala Ahli Parlimen Sepang pada 4 Januari 2025, membawa pulang RM2,000 wang tunai, medal dan piala pusingan.

Terbaharu, mereka meraih gelaran Naib Johan Selangor Future Cup pada 24 Februari 2025, bersaing dengan 64 sekolah lain dan menarik perhatian komuniti e-sukan peringkat negeri dan sekali lagi membawa pulang RM2,500 wang tunai, medal dan 10,000 Diamond MLBB.

Kejayaan ini bukan sahaja menunjukkan bakat dan semangat juang mereka, tetapi juga membuktikan impak latihan dan pendedahan melalui program NADI e-Sukan. Dibimbing melalui modul latihan berstruktur, Miracle Liners telah memanfaatkan peluang yang disediakan untuk membina kerjaya awal dalam dunia e-sukan profesional.

NADI bangga dengan pencapaian mereka dan akan terus menyokong lebih ramai belia seperti mereka ke arah masa depan digital lebih cemerlang.

Syabas Miracle Liners — anda bukan sekadar juara, anda inspirasi!

Related post